PH gesa siasatan ke atas Nik Abduh

Iklan
Mohd Zulkifli (tengah) bersama pimpinan PH Bachok selepas membuat laporan polis pagi tadi.

BACHOK - PH Bachok menggesa agar pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berhubung dakwaan menerima dana RM90 juta daripada Umno.

Ketua PH Bachok, Mohd Zulkifli Zakaria berkata, dakwaan tersebut telah menjejaskan kredibiliti Nik Abduh sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu.

Iklan
Iklan

"Artikel yang ditulis turut tersebar dalam bentuk audio yang melibatkan Nik Abduh dan kes ini perlu disiasat segera bagi memastikan pemimpin di kawasan ini benar-benar bersih," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan mengenai isu tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok pagi tadi.

Turut hadir Ketua PKR Cabang Bachok, Datuk Mohd Rowi Dollah dan Ketua Pemuda Amanah Bachok, Syahidul Anri Khairuddin.

Iklan

Mohd Zulkifli berkata, pihaknya menyerahkan kepada kebijaksanaan polis dan SPRM untuk menyiasat kes berkenaan.

Kes itu katanya, berprofil tinggi kerana melibatkan pemimpin Pas Pusat.

"Pada saya Nik Abduh perlu meletakkan jawatannya dan perlu diadakan pilihan raya semula bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin yang bersih.

Iklan

"Artikel mengenai kes penerimaan wang Umno ini diikuti rakyat dan rakyat kini menuntut keadilan kerana ia melibatkan pemimpin yang mendukung sasar Islam," katanya.

Tahun lalu, nama Nik Mohamad Abduh dikaitkan dengan rakaman audio didakwa suara Ahli Parlimen Bachok itu.

Dalam rakaman tersebut, Nik Mohamad Abduh dikatakan mengakui bahawa Pas menerima wang daripada Umno.

Bagaimanapun, beliau telah menafikan dakwaan itu dan menganggapnya sebagai fitnah.

Isu tersebut kembali diperkatakan baru-baru ini apabila dua orang pengguna Facebook mendakwa sebagai saksi hidup dan mengesahkan kebenaran rakaman audio itu.