Covid-19: Sukar capai keseimbangan kesihatan, ekonomi

Iklan
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengakui berdepan keadaan sukar dan mencabar dalam mencapai keseimbangan antara kesihatan serta ekonomi.

Menurutnya, sekiranya memilih salah satu daripadanya, sektor itu akan menghadapi risiko.

Iklan
Iklan

"Inilah dilema," katanya menerusi ciapannya pada Selasa.

Beliau berkata, masyarakat harus belajar hidup bersama virus Covid-19.

Iklan

"Tanggungjawab kita sekarang adalah patuhi 3W iaitu cuci tangan, pakai pelitup muka dan amaran," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, prosedur operasi standard (SOP) lain seperti elakkan 3C perlu terus diamalkan.

Iklan

"Kita boleh memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 jika kita bersatu bekerjasama," katanya.

Sejak akhir-akhir ini, warga maya melahirkan kebimbangan di media sosial berikutan kes jangkitan yang tinggi setiap hari selepas kelonggaran rentas sempadan dibenarkan.

Peluang itu digunakan rakyat untuk pulang ke kampung dan bercuti di kawasan peranginan seluruh negara.

Setakat Selasa, negara merekodkan kes positif Covid-19 sebanyak 108,615 kes.