Apabila menteri jatuh basikal

Iklan
Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) cepat bertindak ekoran kejadian itu.

Awang nak ambil kesempatan di sini untuk rakam rasa simpati pada Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang jatuh basikal baru-baru ini.

Beliau terlanggar lubang di Kampung Seri Cheeding di Banting, Selangor. Syukur Alhamdulillah, beliau hanya cedera ringan.

Iklan
Iklan

Awang rasa gembira bahawa pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) cepat bertindak ekoran kejadian itu. Dengarnya pada keesokan hari jalan itu sudah ditampal.

Apabila Khairy kongsi kejadian itu dalam media sosial macam-macamlah komen yang Awang baca. Ada yang cadangkan Khairy berbasikal keliling negara. Dengan cara itu sekiranya ada jalan berlubang JKR akan segera bertindak.

Iklan

Ada juga hikmahnya kejadian itu. Apa yang berlaku pada Khairy buka mata pihak berwajib. Kes jalan berlubang bukan berlaku di luar bandar sahaja tapi di bandar-bandar besar.

Awang setuju sangat cadangan Khairy untuk wujudkan portal khas atas talian untuk rakyat buat aduan.

Iklan

Tapi JKR kata mereka dah ada cara terima aduan. Ada 11 cara rakyat boleh komplen. Tapi kita tahu baik 11 cara atau 20 cara, selalunya lambat tindakan JKR. Media tempatan pun banyak dedahkan soal jalan berlubang ini.

Tapi maklumlah, adakalanya kerenah birokrasi lambatkan tindakan. Oleh sebab itu rakyat dah malas komplen.

Bagus juga menteri ambil tugas rakyat buat komplen.