Sinar Harian senaraikan 15 Individu Tahun 2020 di Malaysia.
- Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, 54
Iklan
Iklan
Memulakan tugas sebagai Ketua Polis Johor pada 24 Februari 2020, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman.
Beliau terkenal dengan usaha membanteras kegiatan kumpulan pengganas seperti militan Daesh yang cuba bertapak dan menjalankan kegiatan subversif di negara ini.
Sepanjang kariernya, beliau berdepan pelbagai cabaran antaranya adalah ugutan bunuh. Pada tahun ini, Ayob Khan mendedahkan telah menerima ugutan bunuh daripada anggota Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).
Namun baginya, ancaman seumpama itu adalah lumrah bagi anggota polis dan beliau sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan menyerahkan urusan selebihnya kepada Allah.
Selain keberanian, karisma dan ketegasannya membendung jenayah dalam kalangan orang awam dan anggota polis adalah antara faktor penting yang mengangkat namanya sebagai salah seorang individu disebut-sebut sepanjang 2020.