Axiata dinobat Kumpulan Telekomunikasi Asia Pasifik Terbaik

Iklan
Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid

AXIATA Group Bhd (Axiata) merangkul anugerah Kumpulan Telekomunikasi Asia Pasifik Terbaik pada Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan 2020 Asia Pasifik sebagai pengiktirafan ke atas prestasi keseluruhannya sebagai telco serantau terkemuka yang kuat.

Anugerah itu disampaikan secara maya yang disiarkan dari Singapura baru-baru ini, sejajar dengan penyampaian anugerah, Praktik ICT Frost & Sullivan - Industri Asia Pasifik.

Iklan
Iklan

Penganalisis, Dewi Rengganis berkata, Axiata merupakan antara kumpulan telekomunikasi serantau terkemuka di Asia Pasifik yang merangkumi telekomunikasi, infrastruktur rangkaian dan perkhidmatan digital di 11 negara di rantau ini.

"Selama bertahun-tahun, syarikat ini terus membentuk industri telco dan mempertahankan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dengan mempamerkan inovasi yang memanfaatkan teknologi utama dalam industri telco untuk meningkatkan kepuasan pelanggan serta mewujudkan masyarakat inklusif secara digital," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

Menurutnya, Frost & Sullivan turut mengiktiraf usaha Axiata dalam meningkatkan penggunaan 5G pada masa akan datang.

"Melalui pendigitalan, kumpulan ini mengembangkan segmen pengguna syarikat telekomunikasi tradisional untuk membantu perniagaan dalam transformasi digital mereka.

Iklan

"Secara keseluruhan, syarikat ini mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai jangkaan pasaran dan terus memenuhi pelbagai keperluan telekomunikasi di seluruh pasaran utama, di mana ia beroperasi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Axiata, Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid berkata, pihaknya berbesar hati dinobatkan sebagai Kumpulan Telekomunikasi Asia Pasifik Terbaik oleh Frost & Sullivan tahun ini.

"Ini adalah kali keenam kami memenangi anugerah ini sejak tahun 2009 dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Frost & Sullivan atas kajian mendalam mereka mengenai Axiata," katanya.

Beliau berkata, Axiata secara konsisten memberikan penekanan terhadap tata kelola dan kepatuhan yang baik untuk kejayaan perniagaan.