Tujuh maut gempa bumi di Croatia

Iklan
Beberapa askar Croatia memeriksa runtuhan bangunan akibat gempa bumi kuat di Petrinja pada Selasa. - Foto AFP

PETRINJA - Satu usaha menyelamat mangsa dijalankan selepas tujuh orang terbunuh dalam kejadian gempa bumi sekuat 6.4 pada skala Richter yang melanda bahagian tengah Croatia pada Selasa, kata beberapa pegawai Kajian Geologi dan Croatia.

Gegaran gempa bumi itu dapat dirasakan sehingga Vienna tetapi kerosakan besar dilaporkan berlaku di sekitar bandar Petrinja yang mempunyai kira-kira 20,000 penduduk dan berada kira-kira-kira 50 meter ke selatan ibu negara Croatia, Zagreb.

Iklan
Iklan

Pasukan penyelamat menggali di celah-celah runtuhan bagi mencari mangsa yang terselamat susulan gempa bumi tersebut yang berlaku pada waktu tengah hari. Dalam pada itu, Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan akan menghulurkan bantuan.

Perdana Menteri, Andrej Plenkovic berkata, tujuh mangsa telah ditemui setakat ini. Namun, katanya lagi, kemungkinan terdapat ramai lagi mangsa yang akan ditemui.

Iklan

Menurut polis Croatia, antara yang terbunuh ialah seorang kanak-kanak di Petrinja yang dilaporkan berusia 12 tahun dan sekurang-kurangnya lima orang lagi di sebuah kampung berhampiran.

Polis turut menyatakan kira-kira 20 orang lagi cedera dalam kejadian tersebut.

Iklan

Enam orang berjaya diselamatkan dengan bantuan beberapa ekor anjing, kata Perkhidmatan Penyelamat Croatia.

Ramai orang di Petrinja takut untuk kembali ke rumah pada waktu malam kerana bimbang gegaran susulan akan berlaku.

Pusat Seismologi Miditerranean Eropah melaporkan gempa bumi itu berlaku 46 kilometer dari Zagreb pada pukul 12.19 tengah hari dengan kedalaman 10 kilometer.

Gempa bumi itu menyebabkan bumbung, dinding dan bangunan runtuh. - Agensi