Kepala ayam, darah atas lantai

Iklan
Pusat penyembelihan ayam di kompaun selepas membiarkan jualan dan sisa buangan (kepala ayam) bertaburan di lantai.

SELAYANG - Pusat penyembelihan ayam di Pasar Borong Selayang di sini beroperasi dalam keadaan jijik dan meloyakan apabila sisa ayam termasuk kepala dan darah ayam dibiarkan bertaburan di lantai.

Tidak cukup dengan itu, pekerjanya terdiri warga asing bertindak mengalirkan basuhan darah ayam tersebut terus ke longkang terbuka.

Iklan
Iklan

Dalam Operasi Bersepadu Penjaja oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS), pagi tadi, dua premis yang diperiksa dikenakan tindakan kompaun, sementara empat premis terselamat apabila tidak menjalankan perniagaan sewaktu pemeriksaan dijalankan.

Menurut Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, masih terdapat penyembelihan ayam dilakukan secara terang-terangan di kawasan terbuka dan mengundang masalah kebersihan.

Iklan

Beliau berkata, sebanyak tiga kompaun dikeluarkan di bawan Seksyen 6 dan Seksyen 74 serta Undang-Undang Kecil 21(1) d.

"Pengusaha gagal menyediakan tong sampah bertutup, membiarkan bangunan (bahagian penyediaan dan penyimpanan ayam segar) berada dalam keadaan kotor dan menyebabkan kekotoran dengan mengalirkan cecair terus ke longkang," katanya.

Iklan

Dalam operasi itu katanya, seramai sepuluh penguatkuasa MPS diketuai Pembantu Penguatkuasa Kanan, Mohd Zahari Mohd Ali bersama pegawai Imigresen dan anggota Polis Diraja Malaysia terlibat.

"Seorang pendatang asing ditahan pihak Imigresen selepas tidak mempunyai permit kerja dan dokumen perjalanan yang sah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"MPS akan terus memastikan pemilik premis menjaga kebersihan bagi menjamin jualan dalam keadaan yang baik dan mengelakkan sebarang kekotoran yang boleh menimbulkan isu kesihatan," katanya.