Pukul kucing bunting hingga mati kerana berak depan rumah
Iklan
Kucing yang bunting ditemui mati dipercayai dipukul seorang wanita dengan menggunakan besi di sebuah flat di Pintas Kalui 1 petang Selasa.
SEBERANG JAYA - Seorang wanita tergamak memukul seekor kucing yang bunting sehingga mati disebabkan haiwan itu membuang najis di hadapan rumahnya di sebuah flat di sini petang Selasa.
Dalam kejadian jam 1.20 petang itu, wanita berusia 51 tahun itu dilihat memukul dua ekor kucing yang berada berhampiran dengan rumahnya dengan sebatang besi hingga menyebabkan seekor lagi cedera di bahagian mulut.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, tingkah laku wanita itu disedari penduduk yang kebetulan sedang duduk berehat di sebuah pondok berhampiran tempat kejadian.
Menurutnya, kesal dengan perbuatan wanita itu, lelaki berkenaan kemudiannya menghubungi Jabatan Veterinar bagi melaporkan kejadian.
Iklan
Kucing yang cedera di mulut selepas dipukul seorang wanita di sebuah flat di Pintas Kalui 1 petang Selasa.
"Pengadu melihat wanita itu masuk ke dalam kereta dan mengambil sebatang besi sebelum memukul dua ekor kucing itu.
"Lelaki berkenaan melihat wanita itu merungut disebabkan haiwan berkenaan membuang najis di hadapan rumahnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Iklan
Berikutan itu, Shafee berkata, sepasukan pegawai dari Jabatan Veterinar termasuk pegawai kebajikan haiwan hadir ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan.
Katanya, mereka turut mengambil bangkai serta membawa kucing yang luka kucing untuk dibawa balik ke Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar di Bukit Tengah.
"Kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Veterinar dan disiasat mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam