Colorado kesan kes pertama babitkan varian baharu Covid-19

Iklan
Gabenor Colorado, Jared Polis membantu meletakkan vaksin Covid-19 pertama di negeri itu dalam peti di makmal jabatan kesihatan negeri. Foto AP

WASHINGTON - Colorado, Amerika Syarikat (AS) mengesan kes pertama membabitkan varian baharu virus Covid-19 yang awalnya dikesan di United Kingdom (UK), lapor agensi berita Sputnik, memetik Gabenor Jared Polis.

"Hari ini kami mengesan kes pertama varian Covid-19 B.1.1.7 di Colorado, varian yang sama ditemui di UK.

Iklan
Iklan

"Kesihatan dan keselamatan penduduk Colorado adalah keutamaan kami dan kami akan memantau dengan teliti kes ini," kata polis dalam satu kenyataan pada Selasa. - Bernama