Seorang kakitangan HRDF Perak positif Covid-19

Iklan
Kenyataan media oleh HRDF pada Rabu.

SHAH ALAM - Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) mengesahkan seorang kakitangannya di cawangan Perak telah didapati positif Covid-19.

Menerusi satu kenyataan pada Rabu, HRDF memaklumkan pekerja tersebut sedang menerima rawatan dan berada di bawah pemantauan yang ketat oleh pegawai kesihatan.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, pejabat HRDF cawangan Perak akan ditutup selama dua hari bermula 30 hingga 31 Disember 2020 untuk proses sanitasi.

"Semua pekerja pejabat cawangan tersebut sedang menjalani ujian calitan (swab test) sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga dan keadaan kesihatan mereka akan terus dipantau.

Iklan

"Di HRDF, kesihatan dan kesejahteraan pekerja dan pelanggan adalah keutamaan kami.

"Kami akan terus mematuhi kepatuhan terhadap polisi dan proses pengawalan jangkitan serta mematuhi sepenuhnya langkah pencegahan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Iklan

HRDF turut memaklumkan pengguna yang memiliki sebarang pertanyaan boleh menghubungi pasukan khidmat pelanggannya di support@hrdf.com.my atau hubungi 1800-88-4800.