Petugas Kesihatan Zon Merah

Iklan
Petugas kesihatan memasang poster peringatan Zon Merah COVID-19 ketika tinjauan di sekitar penempatan setinggan Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) Kampung Muslim, Labuan hari ini. Jabatan Kesihatan Labuan memasang dan meletakkan poster peringatan berkaitan COVID-19 di beberapa kawasan berisiko penularan kes itu, sebagai memberi kesedaran dan peringatan kepada masyarakat setempat. Labuan setakat hari ini masih berada dalam zon merah COVID-19, mencatatkan jumlah kes kumulatif sebanyak 1,636 kes dengan lima kluster aktif. Masyarakat diingatkan agar menjalani kehidupan harian dengan kawalan kendiri serta membudayakan norma baharu seperti memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19. - Foto Bernama