Ahli Kongres AS pertama meninggal dunia akibat Covid-19

Iklan
Luke Letlow merupakan Ahli Kongres pertama Amerika Syarikat meninggal dunia akibat Covid-19. - Foto AFP

WASHINGTON - Seorang anggota parti Republikan, Luke Letlow meninggal dunia akibat koronavirus (Covid-19) menjadikannya anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) pertama terkorban akibat virus itu pada Selasa.

Letlow, 41, sebelum ini dilantik bagi mewakili Louisiana dan akan mengangkat sumpah jawatan pada Ahad ini.

Iklan
Iklan

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga anggota Kongres yang dipilih, Luke Letlow berikutan kematiannya selepas berjuang melawan Covid-19," kata Gabenor Louisiana, John Bel Edwards menerusi Twitter.

"Hati saya hancur selepas beliau tidak akan lagi mampu berkhidmat kepada penduduk sebagai perwakilan AS," tambahnya.

Iklan

Letlow meninggalkan isteri, Julia Barnhill Letlow dan dua anak.

"Pihak keluarga menghargai doa dan sokongan sejak beberapa hari lalu dan meminta diberikan ruang privasi pada waktu yang sukar ini," kata keluarganya dalam satu kenyataan kepada media AS.

Iklan

Edwards menyatakan beliau mengarahkan bendera negeri dikibarkan separuh tiang pada hari pengebumian Letlow.

Pada 18 Disember lalu, Letlow mengumumkan beliau diuji positif Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah. Beliau kemudian dirawat di sebuah hospital tiga hari kemudian.

Sehingga Isnin, AS mencatatkan 19,526,228 kes dengan 337,918 kematian akibat Covid-19. - AFP