Gerakan persoal keikhlasan DAP kekal feri Pulau Pinang

Iklan
Penang Port Sdn Bhd (PPSB) mengumumkan akan menyediakan perkhidmatan feri untuk motosikal dan basikal, selain daripada pejalan kaki mulai 1 Januari. - Foto Bernama

GEORGETOWN - Gerakan Pulau Pinang pada Rabu mempersoalkan keikhlasan DAP dalam memastikan feri Pulau Pinang terus kekal beroperasi dengan membawa penumpang dan juga kenderaan beroda empat.

Setiausaha Gerakan Pulau Pinang, Hng Chee Wey berkata, DAP merupakan komponen Pakatan Harapan selama tempoh 22 bulan berkuasa sebagai kerajaan Persekutuan, yang mencadangkan katamaran sebagai pengganti feri sedia ada.

Iklan
Iklan

"Mengapa ketika memimpin, kerajaan Persekutuan tidak memberikan peruntukan untuk membeli set feri baharu yang sama seperti sedia ada dan bukan sehingga tidak lagi berkuasa baru nak pertahankan feri ini.

"Ketika wakil DAP sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan, mereka tak ingat pula ikonik feri ini?” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Iklan

Pada Selasa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengajak orang ramai untuk mengguna perkhidmatan feri bersama beliau pada jam 10 pagi Khamis sebagai tanda mengucapkan selamat tinggal kepada ikonik Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN: Feri Pulau Pinang: DAP kesal dengan Tengku Zafrul

Iklan

Chee Wey berkata, sekiranya DAP benar-benar nak kekalkan feri ikonik ini, kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang seharusnya mengambil alih perkhidmatan itu.

Beliau berkata, Gerakan menyokong cadangan untuk menaik taraf pengangkutan ikonik, tetapi ia harus dikekalkan sebagai pengangkutan warisan kepada semua pengguna.

"Pengangkutan feri ini merupakan satu ikonik kepada semua pelancong yang datang ke Pulau Pinang seperti mana yang dilakukan di negara Hong Kong.

"Saya berharap ikonik ini dapat dinaik taraf dan dikekalkan, agar generasi akan datang dapat mengetahui dan merasai pengangkutan yang penuh sejarah ini,” katanya.

Khamis lepas, Penang Port Sdn Bhd (PPSB), anak syarikat Kumpulan MMC mengumumkan akan menyediakan perkhidmatan feri untuk motosikal dan basikal, selain daripada pejalan kaki mulai 1 Januari.

PPSB dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata, pejalan kaki tidak akan dikenakan tambang selama dua minggu dari 1 hingga 14 Januari 2021. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Perkhidmatan feri Pulau Pinang diteruskan

Tambang percuma selama dua minggu untuk pengguna feri/p>

Katamaran ganti feri di Pulau Pinang