Leeds seharusnya jaringkan lapan gol

Iklan
Bielsa

PENGENDALI Leeds United, Marcelo Bielsa menegaskan skuad kendaliannya itu seharusnya menang dengan lapan gol berbanding lima apabila menewaskan West Brom di The Hawthorns pada awal pagi Rabu.

Menurut Bielsa, perlawanan berkenaan menyaksikan beberapa peluang keemasan gagal disempurnakan jentera serangan skuad The Whites itu bagi melebarkan kemenangan skuad itu.

Iklan
Iklan

"Daripada lapan peluang keemasan yang kita perolehi, kita hanya berjaya menyempurnakan lima daripadanya bagi mengesahkan kemenangan.

"Jika semua peluang berkenaan disempurnakan, kita mungkin mampu menang dengan jaringan yang lebih besar.

Iklan

"Bagaimanapun, saya tetap berpuas hati dengan aksi semua pemain termasuk di benteng pertahanan yang telah beraksi dengan baik bagi mengekang asakan-asakan lawan di sepanjang perlawanan,” katanya.

Kesebelasan Leeds United meraikan jaringan pada perlawanan berkenaan

Pada perlawanan berkenaan, Leeds United memperolehi gol awal hasil jaringan sendiri pemain West Brom Romaine Sawyers pada minit ke-9, Ezgjan Alioski (min-31), Jack Harrison (min-36), Rodrigo (min-40) dan Raphinha pada minit ke-72.

Iklan

Kemenangan itu menyaksikan Leeds berada pada kedudukan kesebelas Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan 23 mata hasil tujuh kemenangan, seri dua kali dan tewas tujuh kali daripada 16 perlawanan.

Sementara itu Bielsa berharap agar rentak kemenangan berkenaan dapat diteruskan oleh kesebelasan pemain bagi mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kali ini.

"Kami telah beraksi dalam satu perlawanan yang agak ‘serius’ namun kami telah berjaya mengawal bola selain tidak melakukan kesilapan.

"Oleh itu, kita perlu terus seperti ini kerana perjalanan liga musim ini masih jauh untuk kita harungi,” katanya.