SHAH ALAM - Kemenangan BN di PRK Cameron Highlands akan menjadi pemangkin semangat kepada parti itu dalam PRK Semenyih.
Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, kejayaan itu amat bermakna setelah BN kalah berturut-turut dalam empat PRK sebelum ini.
"Alhamdulillah, berkat kesabaran selepas kalah empat kali dalam PRK, di Cameron Highlands kemenangan adalah sesuatu yang manis. Kalau kalah 'cembeng'.
"Saya bersyukur kerana pengundi Cameron Highlands telah buat keputusan memihak kepada BN. Semangat jadi kembang balik," katanya dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian, di sini hari ini.
Katanya, kemenangan itu juga satu manifestasi rasa tidak puas hati rakyat terhadap PH.
"PH banyak tabur janji. Yang dijanji tak buat, yang tak janji itu mereka buat. Jadi orang geram," katanya.
Ditanya moderator sama ada kemenangan itu turut disumbang faktor dirinya, Mohamad tidak menolak kemungkinan itu.
AKAN MENYUSUL