Hentikan penyebaran grafik palsu: KKM

Iklan
Grafik ‘Hotspot Area KL, Please avoid!!! yang tular di WhatsApp pada Rabu.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai menghentikan penyebaran grafik berhubung kawasan panas Covid-19 di Kuala Lumpur.

Facebook kementerian itu memaklumkan, grafik yang sedang tular di aplikasi WhatsApp itu palsu.

Iklan
Iklan

"Ia tidak tepat dan mengelirukan. Untuk makluman, jumlah yang dilaporkan sebenarnya meliputi radius satu kilometer daripada kawasan tersebut bagi tempoh 14 hari," katanya.

KKM berkata, orang ramai digalakkan menggunakan 'hotspot tracker' melalui aplikasi Mysejahtera untuk merancang perjalanan.

Iklan

"Sentiasa patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan," katanya.

Terdahulu, satu grafik ‘Hotspot Area KL, Please avoid!!! tular di WhatsApp pada Rabu.

Iklan