Gempa berkekuatan 5.1 landa wilayah Ibaraki, Jepun

Iklan
Foto 123RF

TOKYO - Gempa berkekuatan 5.1 melanda wilayah Ibaraki Jepun dekat Tokyo, lapor agensi berita Sputnik, memetik agensi meteorologi negara itu.

Pusat gempa terletak di utara Ibaraki pada kedalaman 60 kilometer.

Iklan
Iklan

Gempa susulan mencapai skala empat dengan sakal tertinggi tujuh.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Iklan

Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan dan korban jiwa.

Gempa tidak menjejaskan operasi loji kuasa nuklear Tokai-2, Fukushima-1 dan Fukushima-2,lapor NHK. - Bernama

Iklan