Negara perlu muka baharu: Muhkriz

Iklan
Mukhriz

SHAH ALAM - Sudah tiba masanya untuk negara melihat tokoh baharu sebagai pemimpin negara pada masa hadapan.

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ramai lagi tokoh yang berpotensi untuk mengubah polemik politik di negara ini.

Iklan
Iklan

"Bagi saya, sudah tiba masanya kita lihat tokoh baharu pula. Kalau tidak, nama sama yang disebut. Saya tidak pasti dari segi daya tarikan rakyat yang memilih.

"Ini termasuklah anak muda yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Ia akan membuatkan satu pihak itu boleh memenangi pilihan raya ataupun tidak.

Iklan

"Jadi, saya rasa, inilah masanya untuk kita mengubah paradigma ataupun polemik politik yang sedang kita alami ketika ini. Lihat pada contoh-contoh baik yang telah ditunjukkan di banyak negara di dunia ini,” katanya pada sesi Dialog Pembangkang Astro Awani pada Selasa.

Mukhriz berkata, muka baharu yang tidak dikenali juga boleh dikemukakan sebagai satu gelombang baharu.

Iklan

Beliau turut menegaskan, Pejuang hanya bersetuju membentuk percaturan politik baharu atau grand coalition jika gabungan itu tidak melibatkan 'kluster mahkamah'.

"Kita ingin tahu, jika ada grand coalition, adakah ia akan melibatkan pihak 'kluster mahkamah', kalau ada golongan sebegitu, maka kita tidak akan bersama.

"Setakat yang kami dengar daripada rakan-rakan dari Pakatan Harapan (PH), mereka pun tidak mahu mendekati golongan ini dan itu satu berita baik bagi kita.

"Jadi dari situ, bolehlah kita bincang apa bentuk kerjasama yang boleh kita pupuk menjelang PRU15,” jelasnya.

Bagaimanapun, ketika ditanya berkaitan Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi relevan atau tidak dalam era politik akan datang, Ahli Parlimen Jerlun itu mengakui bapanya memiliki banyak pengalaman yang boleh dikongsikan serta mempunyai minda strategi yang hebat.

"Ada perkara-perkara yang tidak terfikir oleh orang muda, yang berdasarkan kepada pengalaman yang begitu lama yang ada padanya.

"Jadi, dia boleh kongsikan dengan kita untuk kita melakar strategi untuk melawan saingan politik kita,” katanya.

Dialog itu turut disertai tiga panel lain iaitu Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke; Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah, Isnaraissah Munirah Majilis dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua.