'Dakwaan ahli politik bersekongkol kartel daging satu tuduhan serius'

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

SHAH ALAM - Dakwaan terdapat ahli dan parti politik bersekongkol dengan kartel daging import haram dan cuba mensabotaj National Feedlot Corporation (NFC) perlu disiasat pihak berkuasa dengan lebih serius.

Bekas Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, dakwaan dibangkitkan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Salleh itu sememangnya amat menggemparkan kerana ini soal makanan yang amat penting kepada umat Islam di negara ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebagai individu yang pernah terlibat dalam meneliti isu penyelesaian NFC sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), beliau menegaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu tidak pernah menuding jari kepada sesiapa dalam mencari jalan penyelesaian 'menang-menang'.

"Semasa PH memerintah, Dr Mahathir tidak pernah bersikap emosional atau berdendam tetapi berpegang pada prinsip keluhuran bagi menyelesaikan semua permasalahan secara ‘menang-menang’ kepada semua pihak yang terlibat.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Isu kartel daging: JMM gesa polis siasat ahli politik

JMM Perak buat empat laporan polis

Iklan

Sindiket kartel palsu jenama daging hanya libatkan satu syarikat

RCI langkah terbaik, kata menteri

"Setelah berpuas hati dengan ‘findings’ sebenar dan memahami segala bentuk kekangan dihadapi oleh NFC sebelum ini, maka satu formula ‘amicable solution’ dipersetujui secara konsensus oleh semua pihak yang terbabit.

"Waktu itu kami tidak pernah menuding jari kepada sesiapa pun," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan polis dibuat Hamdan dan JMM di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur petang Selasa.

Laporan polis itu dibuat Hamdan bagi menggesa pihak penguat kuasa menyiasat kaitan ahli dan parti politik yang didakwa turut berkonspirasi dengan kartel mencampurkan daging import haram dengan halal dan berusaha menggagalkan objektif penubuhan NFC sebelum ini.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, beliau yang terbabit dalam kerajaan PH mengakui kes NFC sebenarnya banyak digembar-gembur dan disensasikan secara berlebihan oleh ahli politik tertentu.

Menurutnya, banyak sebenarnya perkara atau fakta-fakta yang tidak betul diada-adakan pihak berkenaan sewaktu skandal NFC didedahkan.

Jelas beliau, kerajaan PH di bawah Dr Mahathir lebih memilih kaedah penyelesaian telus dan pragmatik, berbanding pendekatan berdendam secara melulu dalam menangani isu skandal NFC.

"Yang penting bagi Dr Mahathir pada waktu itu adalah untuk mendapatkan semula apa sahaja pembayaran yang harus dibayarkan oleh syarikat NFC kepada kerajaan.

"Pendirian untuk ‘recover’ hutang piutang bagi pihak kerajaan lebih diutamakan daripada mengambil pendekatan berdendam secara melulu," katanya.

Justeru, Khairuddin meminta kesemua pihak penguat kuasa undang-undang yang berkaitan dengan isu ini mesti menjalankan satu siasatan secara adil dan saksama bagi menampilkan kebenarannya.

"Tindakan tegas harus diambil ke atas semua petualang yang terbabit dengan kartel daging import haram ini tanpa sebarang bentuk kompromi," katanya.