MPKL nafi tidak patuh SOP di Pasar Awam Banting

Iklan
MPKL menafikan laporan akhbar berhubung ketidakpatuhan SOP berikutan penutupan Pasar Awam Banting sejak Selasa.

BANTING - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menafikan dakwaan mengatakan pihaknya tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) hingga menjadi punca Pasar Awam Banting ditutup bermula Selasa hingga 7 Januari depan.

Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, pihaknya mengikut sepenuhnya SOP kawalan Covid-19 di semua pasar awam kendalian MPKL termasuk Pasar Awam Banting.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, antara SOP yang dilaksanakan ialah pemeriksaan suhu kepada semua peniaga, pekerja serta pengunjung, penyediaan cecair pembasmi kuman dan kawalan penjarakkan fizikal.

Selain daripada itu katanya, seluruh pasar awam MPKL termasuk Pasar Awam Banting disanitasi secara berkala dua kali seminggu.

Iklan

Menurut beliau lagi, tiada keperluan untuk semua pasar awam disanitasi tiga kali sehari.

"Pihak polis memberi bantuan rondaan di semua pasar awam di daerah Kuala Langat bagi memastikan semua peniaga dan pengunjung mematuhi SOP yang ditetapkan.

Iklan

"MPKL menafikan laporan dikeluarkan beberapa akhbar tempatan utama pada Rabu mengenai ketidakpatuhan SOP berikutan perintah penutupan Pasar Awam Banting yang bermula Selasa," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu Amirul berkata, sehingga kini MPKL telah membelanjakan lebih RM200,000 untuk pembelian bahan pembasmi kuman.

Terdahulu, Pasar Awam Banting dilaporkan ditutup sementara selama 10 hari bermula Selasa hingga 7 Januari depan bagi kerja sanitasi awam.

Notis perintah tutup itu di bawah Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

ARTIKEL BERKAITAN: Pasar Awam Banting ditutup sementara bermula hari ini