Klopp tak kisah Liverpool seri

Iklan
Jurgen Klopp

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui tidak kecewa selepas pasukannya gagal memungut mata penuh ketika seri tanpa jaringan dengan Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James' Park pada awal pagi Khamis.

Menurutnya, dia berpuas hati dengan persembahan para pemainnya dan menegaskan Liverpool tidak bernasib baik untuk menjaringkan gol walaupun mempunyai banyak peluang terhidang.

Iklan
Iklan

"Keputusan seri ini mungkin tidak bagus tetapi perlawanan telah berakhir. Saya tidak kecewa kerana ia adalah bola sepak. Jika anda tidak menggunakan peluang, maka anda akan sukar untuk menang.

"Tetapi, anda boleh seri dengan persembahan buruk atau seri dengan persembahan yang bagus. Hari ini, kami seri dengan persembahan yang bagus. Jadi, saya berpuas hati dengan perlawanan ini," katanya.

Iklan

Keputusan seri tersebut menyaksikan Liverpool melepaskan peluang untuk melebarkan kedudukan selaku pendahulu liga dengan ketika ini mengumpul 33 mata dan hanya dibezakan tiga mata dengan pasukan di tangga kedua, Manchester United.

Dalam masa sama, Klopp turut percaya The Reds akan mampu kembali mencatatkan kemenangan selepas ini walaupun berdepan dua keputusan seri ketika menentang West Brom dan Newcastle United.

Iklan

"Memang saya tahu selepas kita menang 7-0 ke atas Crystal Palace ramai yang meramalkan kami akan terus menang besar. Saya tahu Liverpool akan mampu menang selepas ini.

"Apa yang penting adalah kami perlu menunjukkan reaksi yang bagus dengan dua keputusan seri ini. Ketika menentang West Brom kami bermain baik pada separuh masa pertama, tetapi pada separuh masa kedua kami kehilangan rentak.

"Itu yang kami perlu perbaiki kerana pemain menunjukkan persembahan sama pada hari ini. Kami perlu bekerja keras dan membina kembali persembahan kami," katanya.