TPM Itali digesa jangan campuri urusan politik Perancis

Iklan
Di Maio (empat,kanan) bertemu pemimpin protes ves kuning di Paris. - Foto Twitter Luigi Di Maio

PARIS - PERANCIS. Kerajaan Perancis memberi amaran terhadap Timbalan Perdana Menteri Italy, Luigi Di Maio agar tidak mencampuri urusan politik negara berkenaan susulan pertemuan beliau dengan penunjuk perasaan ves kuning.

Di Maio, yang juga pemimpin Five Star Movement (M5S) dilaporkan bertemu dua ketua protes anti kerajaan Perancis, Christophe Chalençon dan Ingrid Levavasseur dalam satu pertemuan di Paris, kelmarin.

Iklan
Iklan

Beliau turut memuat naik sekeping gambar di laman Twitter bersama kedua pemimpin terbabit yang mengetuai senarai calon bagi menghadapi pilihan raya Parlimen Eropah pada Mei depan.

"Provokasi sebegini antara negara berjiran dalam Kesatuan Eropah (EU) adalah sesuatu yang tidak boleh diterima," tegas Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian.

Iklan
Iklan

Hubungan antara Perancis dan Itali dilihat tegang sejak pergerakan M5S dan parti sayap kanan mula memerintah Itali pada pertengahan tahun lalu. - BBC