‘Jangan tangguk di air keruh’

Iklan

SHAH ALAM - Semua pihak dinasihatkan tidak mengeruhkan lagi keadaan susulan kejadian kekecohan di sekitar Kuil Maha Mariamman, Subang Jaya.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, salah faham yang berlaku tidak sewajarnya diperbesarkan termasuk cubaan membangkitkan isu perkauman.

Iklan
Iklan

"Polis sudah memaklumkan ini bukan soal perkauman, sebaliknya salah faham antara pihak terlibat. Jadi jangan kita seret salah faham ini sehingga mencetuskan keadaan yang tidak stabil dalam masyarakat.

"Jangan sampai ada pihak cuba menangguk di air keruh untuk kepentingan tertentu. Sebaliknya air yang keruh perlu dijernihkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan di kuil, kawasan sekitar terkawal]

[ARTIKEL BERKAITAN: Tidak kompromi pihak ganggu gugat keharmonian negara]

Iklan

Menurut beliau, adalah penting untuk masyarakat mengelakkan sebarang persepsi negatif yang boleh mencetuskan keresahan antara kaum.

"Sebab itu, apabila menerima sesuatu berita kita perlu tabayyun. Kita dididik oleh agama supaya teliti dan perhalusi berita tersebut, bukan menelan bulat-bulat sehingga boleh menimbulkan keresahan masyarakat.

"Kita perlu berhati-hati agar tidak menjadi tukang sebar berita palsu. Kita juga berkewajipan mematuhi peraturan dan undang-undang oleh pihak berautoriti,” katanya.

Mohamad Shukri berkata, agama Islam juga mengajar agar kemaslahatan masyarakat diutamakan berbanding perkara lain.

"Maknanya, keamanan dan keselamatan masyarakat perlu menjadi agenda utama dalam apa-apa tindakan atau keputusan,” katanya.