Bila dah jadi bapa baru faham: Muaz Mohamed

Iklan
Pengacara, Muaz Mohamed

PENGACARA dan penyampai radio Kool FM, Muaz Mohamed, 35, berkongsi perasaan apabila sudah bergelar bapa.

Bapa kepada seorang cahaya mata lelaki itu berkata, hal itu timbul apabila dia dan ahli keluarganya mahu pergi bercuti atau kerja luar kawasan.

Iklan
Iklan

"Sekarang ini isteri dan anak memang akan menjadi keutamaan saya. Dulu tak faham selagi tak jadi bapa.

"Saya selalu tengok bapa-bapa bila bercuti sahaja mesti nak cari barang-barang untuk anak terlebih dahulu?

Iklan

"Jadi, bila saya sudah jadi bapa barulah saya faham. Begitu juga apabila saya kerja luar kawasan, saya terbayang wajah anak dan panggil nama saya," ujarnya kepada Sinar Harian.

Tambah Muaz lagi, kehadiran cahaya mata dalam hidupnya membuatkan dia lebih fokus terhadap kerjayanya.

Iklan

"Bila sudah ada anak ini juga lah membuatkan saya lebih tekun bekerja demi anak," ujarnya Muaz.

Tambahnya, sebagai bapa dia sentiasa ada di sisi untuk anak jika berlaku apa-apa perkara yang mendatang.

"Bila dah jadi bapa kerja saya dah macam on call.

"Apa-apa jadi kepada anak, sakit ke demam ke, ada masalah di sekolah ke, saya kena ada di sisinya," katanya.

Muaz yang bakal menimang cahaya mata lelaki kedua pada awal Mac depan.

"Sekarang ini anak pertama saya, abang, dia lebih teruja nak dapat adik.

"Saya dan isteri pun sengaja jarakkan masa lima tahun sebab dia boleh jaga adik.

"Selain itu, dari segi pengurusan masa mudah untuk isteri dan saya nak urus bersama," jelasnya.