UMNO sedia berbincang dengan mana-mana parti, pemimpin

Iklan
Ahmad Zahid

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjemput parti-parti politik dan kepimpinan untuk mengadakan perbincangan bagi menghentikan persengketaan dalam keadaan negara dan rakyat berdepan keadaan sukar.

Menurutnya, beliau sedar kerajaan yang ada pada hari ini tidak stabil seperti UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sebelum ini dan tiba masanya semua pihak berhenti beretorik, sejukkan keadaan serta berhenti bersengketa demi rakyat

Iklan
Iklan

"Demi kemajuan negara dan rakyat, marilah kita berhenti bersengketa sesama kita. Lihat di luar sana banyak perniagaan gulung tukar, ada industri kecil dan sederhana (PKS) hidup segan mati tak mahu dan ada yang kehilangan pekerjaan. Rakyat terjerut dalam keadaan semasa.

"Ini waktu yang mencabar dan memerlukan kepimpinan berwibawa. Izinkan saya mengambil langkah pertama menjemput parti-parti politik dan kepimpinan untuk mengadakan perbincangan.

Iklan
Iklan

"Buktikan politik matang dan meletakkan keutamaan kepada negara yang merasai impak Covid-19,” katanya pada Perutusan Tahun Baharu 2021 secara dalam talian di Facebook pada Khamis.