PDRM siasat individu hina Agong, bendera Malaysia

Iklan
Huzir Mohamed

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan dan sedang menyiasat dakwaan pemilik akaun Instagram Bukan_Bang_Jago, yang didapati menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, lagu Negaraku, dan bendera Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, melalui akaun itu, suspek memuat naik gambar-gambar yang disunting mengandungi wajah Al-Sultan Abdullah.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, selain itu, lagu Negaraku turut diubah suai liriknya dan gambar bendera Malaysia Jalur Gemilang diletakkan simbol komunis seperti yang tular di media sosial pada Khamis.

"Siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Beliau berkata orang ramai digesa agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegusaran serta mengganggu-gugat keharmonian negara.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya. - Bernama

Iklan