Tinjauan sambutan Tahun Baru 2021

Iklan

Suasana di sekitar kawasan Bukit Bintang kelihatan sesak ketika tinjauan sempena ambang tahun baru 2021, malam ini. Orang ramai berdepan tindakan dikenakan kompaun sekiranya didapati berkumpul secara beramai-ramai bagi sambutan Tahun Baru di kawasan-kawasan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, PDRM akan membuat rondaan pada malam ini bagi memastikan tiada sebarang perhimpunan sambutan Tahun Baru berlaku di mana-mana lokasi terutamanya di sekitar Lembah Klang.

Iklan
Iklan