Fenomena Air Laut Pasang Besar

Iklan
Penduduk mula berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilimpahi air berikutan fenomena air laut pasang besar ketika tinjauan di Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut kira-kira jam 11.30 malam tadi. Seramai 36 mangsa daripada sembilan keluarga di Kuala Besut dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara Balai Raya Kampung Pantai susulan kejadian itu. Keadaan angin kencang antara 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 hingga 2.7 meter dijangka akan berlarutan sehingga Rabu (6 Jan) terutama di kawasan Kuala Terengganu. - Foto Bernama