Feri Pulau Pinang 2021

Iklan
Tinjauan hari pertama operasi perkhidmatan Feri Bot Laju di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) di Georgetown. Perkhidmatan feri baharu itu melibatkan tiga buah bot penumpang bermula pada 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2022. Waktu operasi feri bot laju tersebut bermula pukul 6.30 pagi hingga 11.30 malam dengan kekerapan setiap 30 minit untuk perjalanan sehala. Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan menyatakan fasa pemodenan perkhidmatan feri akan dimulakan dengan memperkenalkan tiga bas air (untuk penumpang) bermula 1 Jan 2021, diikuti dengan dua pengangkut kenderaan yang hanya membawa kenderaan bermotor dua roda (seperti motosikal dan basikal) yang akan beroperasi mulai 2022. - Foto Bernama