20 bayi 2021 lahir di Terengganu

Iklan
Seramai 14 bayi tahun baharu dilahirkan sehingga jam 10 pagi pada Jumaat di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi di HSNZ.

KUALA TERENGGANU - Seramai 20 bayi selamat dilahirkan pada tahun baru 2021 di hospital di negeri ini dengan kelahiran pertama pada jam 12.34 pagi, pada Jumaat.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, daripada jumlah itu, 14 merupakan bayi perempuan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, seramai 14 bayi dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala tiga bayi dilahirkan di Hospital Kemaman, dua bayi di Hospital Dungun dan seorang di Hospital Besut.

Antara bayi dilahirkan sempena tahun 2021 di HSNZ.
Iklan

"Sehingga jam 10 pagi tadi, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu merekodkan kadar kelahiran tertinggi.

Iklan

"Bayi tahun baharu 2021 pertama dilahirkan di HSNZ dan setakat ini belum ada kelahiran direkodkan di Hospital Hulu Terengganu dan Setiu,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.