Hanya ulul amri dapat tentukan status murtad atau sebaliknya

Iklan
ZAINUL RIJAL

SHAH ALAM - Hanya 'ulul amri' atau pihak berkuasa sahaja boleh menentukan status sama ada individu itu murtad atau sebaliknya.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, perkara itu di bawah bidang kuasa pihak yang bertanggungjawab seperti Majlis Agama Islam negeri yang akan melakukan siasatan.

Iklan
Iklan

"Untuk menjatuhkan hukum seseorang itu murtad atau tidak hanya pihak berkuasa boleh menentukannya. Ia tidak boleh dengan hanya melihat video sahaja.

"Ulu amri perlu melihat kepada perkara yang berlaku sebelum, selepas dan apa yang membuat sesuatu perkara itu terjadi," katanya selaku panelis pada Wacana Edisi 221 bertajuk 'Isu murtad: Mudahnya kita jatuhkan hukum?' yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Wacana itu turut menampilkan panelis Pengasas & Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong dan pelakon, Adam Corrie serta moderator, Ismail Adnan.

Zainul Rijal berkata, walaupun betul video perkahwinan seorang seorang wanita Islam Malaysia dengan kapten pasukan hoki India yang didakwa mengikut ritual agama lain ditularkan untuk memberi kesedaran kepada orang Islam lain tetapi orang ramai tidak boleh mudah menjatuhkan hukum.

Iklan

Menurutnya, orang ramai mungkin melihat rakaman video yang berdurasi 10 minit ke 15 minit tetapi situasi dua tiga jam sebelumnya tidak diketahui.

"Kita tidak tahu sama ada seseorang itu dipaksa atau tidak dan kita tidak tahu selepas itu sama ada dia sudah bertaubat atau tidak. Beberapa hari selepas itu kita masih mengatakan dia murtad dan sebagainya seolah-olah kita lebih mufti dari mufti sendiri.

"Jadi biar pihak ulul amri siasat sama ada perbuatan tersebut telah menggugurkan syahadah wanita itu dan sama ada pihak lelaki telah memeluk Islam atau tidak. Kita tidak tahu perkara tersebut jadi kita tidak boleh terus menjatuhkan hukuman bahawa seseorang itu telah murtad.

Katanya, dalam kaedah hukum ada cara bagaimana menentukan perkara itu.

"Bukan semua orang boleh menjatuhkan hukuman kepada seseorang itu sama ada murtad atau tidak," katanya.