Wanita maut motosikal dilanggar kereta

Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

BALIK PULAU - [DIKEMAS KINI] Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan Teluk Kumbar di sini pagi Jumaat.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi, mangsa, Nooraslinda Musa, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Iklan
Iklan

Mangsa yang membonceng motosikal Honda EX5 yang ditunggang bapanya dalam perjalanan menghala ke Bayan Lepas dari Teluk Kumbar sebelum sebuah kereta Toyota Avanza dikatakan terlanggar kenderaan mereka dari arah belakang.

Akibat kejadian itu, mangsa dan bapanya terpelanting di atas jalan raya manakala pemandu kereta berusia 52 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Iklan

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau, Zaiful Arif Mat Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu jam 9.55 pagi dan segera bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika sampai di kawasan kemalangan itu mendapati, penunggang motosikal berada dalam keadaan tertiarap di atas jalan manakala pemandu kereta mengalami cedera ringan.

Iklan

"Pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Balik Palau untuk bedah siasat,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.