Kanak-kanak 4 tahun, bapa dikhuatiri lemas

Iklan
Operasi mencari dan menyelamat oleh JBPM di lokasi kejadian hari ini.

PETALING JAYA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bersama bapanya dikhuatiri lemas ketika memancing di sebuah sungai di Jalan Naga-Naga di sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak polis memaklumkan mengenai kejadian itu sekitar jam 7.11 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, laporan yang dibuat oleh ibu mangsa memaklumkan, anaknya telah dibawa memancing sejak Isnin lalu dan sehingga hari ini belum pulang.

Operasi mencari dan menyelamat oleh JBPM di lokasi kejadian hari ini.
Iklan

"Pihak polis yang terlebih dahulu ke lokasi menemui sebuah motosikal. Sementara pihak bomba yang melakukan pencarian telah menjumpai peralatan memancing.

Iklan

"Operasi pencarian mangsa berusia 37 tahun dan anaknya masih dilakukan di sekitar lokasi tersebut oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.