Penerbangan ihsan bawa organ dari HTAA ke HKL

Iklan
Organ yang dibawa dari HTAA dibawa ke pesawat yang menunggu di Ibu Pejabat JBPM Pahang, Indera Mahkota untuk diterbangkan ke HKL pada Jumaat. -Foto JBPM Pahang

KUANTAN - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuka lembaran pertama tahun 2021 dengan melakukan penerbangan ehsan membawa organ penderma dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Anuar Hassan berkata, penerbangan menggunakan helikopter jenis Agusta Aw139 itu dikendalikan juruterbang, Muhd Ruzaidi Ramlee dibantu Muhammad Zukhairee Zabidi yang berlepas dari Ibu Pejabat JBPM Pahang, Indera Mahkota di sini jam 9.30 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, turut serta dalam penerbangan itu adalah enam doktor pakar dan jururawat pembedahan.

"Khidmat Unit Udara Bomba digunakan memandangkan organ tersebut perlu dibawa segera atas faktor jangka hayatnya. Pesawat selamat mendarat di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (Uni-KL Miat) pada jam 10.30 pagi," katanya.

Iklan

Tambah Anuar, pesawat berkenaan terpaksa mendarat di lokasi berkenaan kerana tidak dapat meneruskan penerbangan ke HKL ekoran cuaca dan hujan lebat.

Pegawai perubatan membawa bekas berisi organ penderma ke pesawat untuk diterbangkan ke HKL pada Jumaat. -Foto JBPM Pahang

Iklan