PUTRAJAYA - Siasatan lanjut berhubung nahas sebuah helikopter persendirian terhempas di kawasan lapang di Jalan PKFZ West Port Pulau Indah, Pelabuhan Klang di antara jam 9.45 hingga 10 pagi pada Jumaat akan dibuat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Chester Voo, helikopter jenis Robinson R66 yang dikendalikan oleh My Heli Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 9.05 pagi dan berada di ruang udara Pulau Indah pada jam 9.21 pagi.