REYJAVIK - Dari Jambatan Pelabuhan Sydney di Australia sehingga ke pantai Copacabana, Brazil bunga api menerangi langit bagi meraikan kedatangan Tahun Baharu dengan suasana sambutan tidak bising dengan riuh rendah orang ramai.
Selepas sekurang-kurangya 1.7 juta penduduk mati akibat pandemik koronavirus (Covid-10) gelombang baharu jangkitan telah menyebabkan 'lockdown' dilaksanakan di beberapa buah negara.
Ia sekali gus menyebabkan sejumlah orang yang sepatutnya berpesta sempena tahun baharu hanya duduk menyaksikan kedatangan tahun 2021 dengan duduk di atas sofa.
Kedatangan tahun baharu bermula di negara kepulauan Pasifik iaitu Kribati dan Samoa manakala kepulauan Howland serta Baker menjadi lokasi terakhir memasuki tahun 2021.
Di New Zealand yang dipuji kerana caranya mengendalikan pandemik Covid-19, sejumlah besar orang berhimpun di Aucland untuk menyaksikan pertunjukan bunga api.
Dalam pada itu, di bandar raya terbesar Australia, Sydney pertunjukan bunga api diadakan dengan cukup menarik tetapi sejumlah kecil orang yang menyaksikannya.
"Saya berpendapat setiap orang berharap tahun 2021 sebagai permulaan baharu dan segar," kata seorang penonton wanita, Karen Roberts yang dibenarkan melepasi
pemeriksaan di sebuah bar di bawah bangunan Dewan Opera Sydney.
Sebahagian penduduk Hong Kong berhimpun di kawasan dermaga Pelabuhan Victoria untuk merakamkan gambar swafoto.
Di Tokyo, ketika penduduk berdepan dengan prospek dikenakan perintah darurat selepas jangkitan Covid-19 meningkat, sebahagian daripada mereka beratur dengan memakai pelitup muka untuk berdoa sempena kedatangan tahun baharu.
Dalam pada itu, di Wuhan China iaitu bandar raya yang menyaksikan kemunculan pertama pandemik Covid-19, ribuan orang berhimpun untuk meraikan kedatangan tahun baharu.
Di Rusia, Presiden Vladimir Putin berucap dalam satu ucapan tahun baharu dengan berkata, gelombang kedua pandemik tersebut sedang melanda negaranya.
"Perjuangan menentangnya (Covid-19) tidak akan berhenti walaupun satu minit," tambahnya.
Itali iaitu di mana gambar-gambar rumah mayat sementara dan anggota-anggota perubatan yang keletihan telah mengejutkan dunia berhubung pandemik tersebut kini dikenakan 'lockdown' sehingga 7 Januari ini dengan perintah berkurang bermula pada pukul 10 malam.
Dari Perancis ke Latvia sehingga ke Brazil, polis dan dalam beberapa kes, anggota-anggota tentera ditempatkan bagi menguatkuasakan perintah berkurung atau melarang
perhimpunan besar-besaran aripada diadakan.
Paris dan Athens menyaksikan penjarakkan sosial dengan konsert secara maya diadakan di Notre Dame di ibu kota Perancis itu dan pertunjukkan bunga api turut berlangsung di Acropolis, Greece.
Di London, seorang penyanyi berusia 74 tahun, Patti Smith dijangka mengadakan persembahan sempena tahun baharu dengan pertunjukan bagi menghargai para pekerja Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan yang meninggal dunia ekoran Covid-19.
Persembahannya di persimpangan jalan di Piccadilly Circus itu akan disiarkan secara langsung menerusi YoTube.
Namun, berikutan kadar jangkitan Covid-10 yang tinggi, skrin gergasi yang menayangkan persembahannya dibatalkan.
Beberapa dozen orang pula tiba di Dataran Parlimen, London untuk menyaksikan bunyi jam menandakan pukul 11 malam iaitu detik keluarnya United Kingdom daripada Kesatuan Eropah (EU) yang dikenali sebagai Brexit.
Ketika jam itu berbunyi, Brussels yang dianggap ibu kota pentadbiran EU di Belgium telah memasuki waktu tengah malam.
Pertunjukan bunga api juga diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu di bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa.
Mereka yang menyaksikan pertunjukan itu dikehendaki memakai pelitup muka dan mendaftar kod respon pantas (QR).
Di pinggir tebing Tasik Baikal, Siberia yang menyakiskan suhu jatuh sehingga - 35 darjah Celsius, kira-kira sedozen penduduk Rusia sanggup berada di dalam ais di tasik
tersebut sempena ketibaan tahun baharu. - AFP