ALOR SETAR - Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, pada Jumaat bagi mengeluarkan dua bentuk cincin yang tersekat pada kemaluannya.
Bagaimanapun khidmat bomba terpaksa dipanggil untuk membantu mengeluarkan cincin berkenaan daripada kemaluan lelaki berusia 38 tahun itu.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.07 pagi dan tiba di HSB Alor Setar kira-kira lima minit kemudian.
"Empat anggota ke HSB bagi khidmat khas memotong cincin di kemaluan seorang lelaki. Anggota menggunakan peralatan khas untuk memotong cincin tersebut dan operasi tamat pada jam 5.51 pagi pada Jumaat," katanya dalam satu kenyataan.
Ahmad Naufal berkata, mangsa tinggal di Alor Setar dan sudah berkahwin.