PASIR PUTEH - Seorang warga emas percaya nalurinya sebagai ibu mengatakan bahawa anaknya yang masih belum ditemui susulan insiden bot karam di kawasan perairan Pulau Perhentian pada Khamis masih hidup.
Hurani Awang, 73, berkata, sejurus mengetahui kejadian menimpa Asaari Leh, 43, dia tidak putus-putus berdoa supaya anak kedua dari empat beradik itu dalam keadaan selamat.
Wanita tersebut meluahkan perasaannya berhubung seorang anaknya yang menjadi salah seorang mangsa bot karam di kawasan perairan Pulau Perhentian, Terengganu, namun masih belum ditemui.
Hurani berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya itu pada Rabu sebelum turun ke laut untuk menangkap ikan.
Menurutnya, sebelum Asaari turun ke laut dia sempat menyediakan juadah makan tengah hari.
"Inilah kali pertama saya menyiapkan hidangan tengah hari kepada Asaari lebih awal dari biasa. Sebelum ini agak lewat. Dia mencium tangan saya sebelum turun ke laut," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: SAR dalam radius lima batu nautika