Gunung Baling terbakar: Usaha padam api melalui darat terhalang

Iklan
Gunung Baling terbakar sejak semalam. Gambar kecil, Nor Azman Ishak.

BALING - Beberapa laluan untuk ke puncak terbakar antara punca operasi memadam kebakaran di Gunung Baling melalui darat menjadi sukar.

Ketua Malim Gunung Baling, Nor Azman Ishak berkata, keadaan itu menyebabkan laluan-laluan berkenaan tidak dapat dilalui.

Iklan
Iklan

"Di Gunung Baling tiada sumber air, maka kita gunakan kaedah mencegah. Kita membantu pihak bomba dengan mengasingkan daun-daun kering dan secara tidak langsung dapat mengawal kebakaran,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

"Pasukan penyelamat juga berdepan suhu panas daripada kawasan terbakar dan menyebabkan mereka mudah dahaga. Sebab itu dalam operasi seperti ini kita perlukan air manis, coklat, kurma dan sebagainya bagi memulihkan kembali tenaga,” katanya.

Iklan
Iklan