Johor catat 35 kematian akibat Covid-19

Iklan

JOHOR BAHRU - Kumulatif kematian akibat pandemik Covid-19 di negeri ini berjumlah 35 kes.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan memberitahu, tiga kes kematian dicatatkan pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Secara keseluruhan, sebanyak 194 kes baharu dicatatkan pada Khamis. Daripada jumlah ini, 92 adalah daripada kluster sedia ada, 25 dan 36 kes daripada lain-lain saringan. Ini menjadikan kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan berjumlah 5,734 kes.

"Sebanyak 2,782 kes telah pulih iaitu 48.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Selain itu 2,917 kes Covid-19 yang aktif diasingkan dan diberi rawatan di hospital," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Iklan

Pada masa sama katanya, terdapat dua kluster baharu yang dilaporkan pada Khamis iaitu Kluster Kampung Baharu melibatkan daerah ini dan Pontian serta Kluster Pekeliling membabitkan daerah ini.

Katanya, Kluster Kampung Baharu dilaporkan positif bermula pada 23 Disember lalu melalui saringan bersasar di sebuah kilang dan saringan kontak rapat.

Iklan

Sehingga Khamis katanya, sejumlah 194 individu disaring dan 35 kes dikesan positif dalam kluster berkenaan.

Kluster Pekeliling pula ujarnya, dilaporkan positif bermula pada 21 Disember lalu melalui saringan bersasar di sebuah kilang.

Menurutnya, sehingga Khamis, seramai 185 individu disaring dan 27 kes dikesan positif dalam kluster tersebut.

Jelasnya, ini menjadikan sehingga hujung tahun lalu kumulatif kluster aktif di Johor adalah berjumlah 25 antaranya Kluster Kampung Baharu di mukim Jelutong; Kluster Pekeliling (mukim Plentong); Kluster Tembok Choh (mukim Pulai) dan Kluster Bukit Pasir (mukim Sungai Raya).