Lawan memang tetap lawan

Iklan

BAGUS sangatlah Bossku mantan Perdana Menteri menggesa ahIi UMNO pada peringkat akar umbi agar 'lawan tetap lawan'. Tak apalah kalau slogan itu dia kutip daripada Tuk Seri Anwar Ibrahim. Yang penting semangat juangnya tak luntur.

Macam selalu dia kata UMNO dan BN kalah kerana putar belit dan fitnah pembangkang menjelang PRU14. Mungkin juga dia terlupa bahawa punca kekalahan UMNO dan BN sebahagiannya akibat perbuatan dia sendiri.

Iklan
Iklan

Mahkamah pun dah jatuhkan hukuman ke atasnya 12 tahun penjara dan denda RM210 juta. Tentu dia buat rayuan. Dia yakin dia tak salah.

Jangan lupa UMNO kena tanggung kesalahan beliau. Kalau dia kawal soal 1MDB sebelum jadi nanah dalam kerajaan, mungkin UMNO dan BN tak tumbang.

Iklan

Semua yang terlibat dengan kes 1MDB di seluruh dunia dah dihukum termasuk Bossku mantan Perdana Menteri.

Awang harap 191 bahagian yang dia mahukan supaya kuatkan semangat juang itu ingat siapa dia sebenarnya. Parti UMNO parti keramat orang Melayu.

Iklan

Sokongan akar umbi tak terjejas dari dulu. Apa yang ahli UMNO dan orang Melayu mahukan ialah pemimpin yang bersih. Demi masa depan UMNO, cukuplah pemimpin yang bermasalah.

Banyak pemimpin lain dalam UMNO yang boleh bawa parti ke mercu kejayaan semula.