KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di empat negeri Semenanjung dan beberapa kawasan di Sabah sehingga Sabtu.
MetMalaysia dalam kenyataan awal pagi Sabtu memaklumkan, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku di daerah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang, manakala di Johor pula melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.