Siasat segera scam poligami

Iklan
Ahmad Marzuk menyampaikan cenderamata kepada salah seorang peserta yang berkhatan di sini pada Sabtu.

KOTA BHARU - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengarahkan siasatan segera dilakukan bagi mendedahkan sindiket poligami jika turut membabitkan ‘orang dalam’ institusi kehakiman itu sendiri.

Timbalan Menterinya, Ahmad Marzuk Shaary berkata, perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku terutama membabitkan individu berpengaruh kerana prosedur berpoligami di negara ini sudah dipermudahkan dan terbaik.

Iklan
Iklan

"Saya belum pasti sama ada benar terdapat pegawai terlibat. Jika betul kita akan kenakan tindakan tegas kepada yang terbabit.

"Isu ini juga sebenarnya membabitkan soal mahkamah dan prosedur operasi standard (SOP) yang sepatutnya dipatuhi selain berkaitan dengan pihak ketiga atau isteri pertama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Khatan Is’Aadul Usrah pada Sabtu.

Iklan

Turut hadir Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Ahmad Fathan Mahmood.

Program yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 dan Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa itu membabitkan hampir 50 kanak-kanak daripada golongan B40.

Iklan

Berdasarkan pendedahan Sinar Harian, pihak yang terlibat dalam scam poligami berkenaan licik menyalahgunakan kuasa dan prosedur permohonan sehingga mampu memperdayakan pihak mahkamah.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, pasangan yang memilih untuk berpoligami dengan tidak mengikut SOP bukan disebabkan kesukaran kaedah di negara ini tetapi sengaja memilih menggunakan cara yang salah.

Katanya, kerajaan sudah memudahkan kaedah berpoligami tetapi masih ada yang tidak mematuhi SOP.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan mereka yang berkahwin secara rahsia melalui sindiket tidak akan terkecuali dikenakan tindakan mahkamah.

"Keduanya kemungkinan perkahwinan itu tidak menepati syarat kahwin itu sendiri. Jadi mungkin juga perkahwinan itu tidak sah,” katanya.