Mangsa banjir Johor meningkat, 348 pindah

Iklan
Jalan Masai Lama di Masai yang menghubungkan Pasir Gudang dan Johor Bahru ditenggelami banjir pada Sabtu hingga memaksa beberapa kereta meredah air yang naik hampir satu kaki.

JOHOR BAHRU - Bilangan mangsa banjir di Johor meningkat kepada 348 orang melibatkan 87 keluarga setakat jam 12 tengah hari pada Sabtu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan memberitahu, mereka dipindahkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

Iklan
Iklan

"Berdasarkan laporan Sektretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, sehingga kini terdapat tiga daerah yang terlibat iaitu Johor Bahru, Kluang dan Kota Tinggi.

"Pada masa sama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah menyediakan bekalan makanan secukupnya di semua PPS," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan
Jalan Masai Lama di Masai yang menghubungkan Pasir Gudang dan Johor Bahru ditenggelami banjir pada Sabtu hingga memaksa beberapa kereta meredah air yang naik hampir satu kaki.