'Scam poligami perbuatan zalim'

Iklan
Mohd Na’im

SHAH ALAM - Individu yang melakukan kegiatan pemalsuan atau scam poligami boleh dianggap zalim tidak mengira sama ada pihak luar atau ‘orang dalam’ institusi kehakiman syariah.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut menjelaskan terdapat dua cara bagaimana scam poligami itu boleh berlaku.

Iklan
Iklan

Menurutnya, cara pertama scam tersebut ialah melalui pemalsuan alamat isteri yang diberikan oleh pihak suami.

"(Cara) yang kedua ialah alamat itu mungkin betul tetapi apabila diserahkan dan disampaikan, isteri itu tidak ada di rumah. (Maka) suami itu yang menurunkan tandatangan bagi pihak isteri.

Iklan

"Kemudian balik kepada mahkamah dan menyatakan kepada mahkamah bahawa dokumen tadi telah diserahkan dan disampaikan kepada isteri,” katanya dalam program LiveFB Sinar Harian bertajuk Pendedahan Scam Poligami pada Jumaat.

Program LiveFB yang dihoskan oleh Haslina Ar Kamaluddin berlangsung kira-kira 40 minit itu.

Iklan

Akhbar Sinar Harian sebelum ini mendedahkan kebimbangan pelbagai pihak berikutan peningkatan kes pemalsuan dokumen poligami yang mengancam institusi keluarga dan kehakiman syariah di negara ini.