Anak muda perlu bersikap positif

Iklan
Ahmad (belakang, kanan) bersama Hussamuddin (depan, tiga dari kanan) dan mereka yang terlibat dalam Program Tick Talk yang bertemakan Your Best Year Yet! yang diadakan di Studio F, Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Jumaat.

SHAH ALAM - Anak muda perlu bersikap positif dalam menghadapi musibah yang melanda dalam kehidupan mereka tanpa melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Dr Ahmad Sanusi berkata, tindakan sedemikian merupakan salah satu daripada empat perkara boleh dijadikan panduan seperti mana yang terdapat di dalam Surah Al Mulk.

Iklan
Iklan

"Ujian dan tekanan yang dihadapi oleh anak muda bukanlah bebanan kepada mereka sebaliknya ia perlu diterima dengan positif. Kita perlu mengambil contoh pendekatan Rasulullah yang sentiasa menasihati sahabat untuk sentiasa positif ketika berdepan musibah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Tick Talk yang bertemakan Your Best Year Yet! yang diadakan di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Jumaat. Hadir sama ialah Pengerusi WUIF, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Iklan

Ahmad berkata, tiga perkara lain yang perlu dilakukan oleh anak muda ialah konsisten membaca al-Quran terutamanya surah Al Mulk sehingga dapat difahami, dijiwai dan seronok.

"Selain itu, melalui surah Al Mulk juga, anak muda boleh merancang kehidupan mereka seperti sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Auf yang berjaya melalui perniagaan di Madinah. Keempat ialah anak muda perlu berada dalam kalangan masyarakat yang positif.

Iklan

"Mereka perlu meninggalkan persekitaran yang negatif kerana dibimbangi akan menjatuhkan dan mengurangkan motivasi mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Surah Al Mulk merupakan surah yang disukai oleh Rasulullah dan membacanya pada setiap malam selain surah-surah lain.

"Rasulullah konsisten membaca surah ini dan Baginda berharap umat Islam dapat membacanya dan menjiwai surah ini. Surah ini mempunyai tiga pengisian utama iaitu hala tuju manusia dalam aspek tauhid, kedua ialah kehebatan dan kenikmatan kepada manusia dan ketiga ialah motivasi untuk terus meneruskan kehidupan,” katanya.

Selain Ahmad, program berkenaan membawa beberapa pengisian menarik iaitu dua hos Tick Talk iaitu Halim dan Zaim yang akan membaca dan bertadabur Surah Al Mulk.

Ia diikuti oleh Outer and Inner Journey iaitu mengenai kerajaan ALLAH, di luar dan dalam diri oleh Firdaus Djamaris.

Program berkenaan yang digerakkan oleh WUIF dengan kerjasama pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Komunikasi Antarabangsa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh, Johor.

Program itu disiarkan melalui platform media sosial, Facebook Tick Talk TV, @TickTalkTV dan Sinar Harian, @sinarharian pada jam 9.30 malam hari Jumaat.