Korban pertama banjir di Johor

Iklan
Anggota bomba mengangkat wanita yang terjatuh dalam parit dan ditemukan lemas di Jalan Setia, Kampung Contoh, Kluang pada Sabtu.

KLUANG - Seorang wanita menjadi korban pertama banjir selepas ditemui lemas dalam parit di Jalan Setia, Kampung Contoh di sini pada Sabtu.

Ketika kejadian pada jam 12.39 tengah hari itu, Halijah Majid, 59, terjatuh ke dalam parit sedalam kira-kira satu meter.

Iklan
Iklan

Komander Operasi dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penguasa Bomba Kanan II Shamsul Amri Mohd Shahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mencari dan menyelamat mangsa di parit berkenaan.

"Mangsa dijumpai dan dibawa naik ke kawasan yang selamat oleh orang awam. Pihak bomba kemudian bertindak memberi bantuan pernafasan kepada mangsa.

Iklan

"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.

Katanya, seramai sembilan anggota dibantu satu jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) dikejarkan ke tempat kejadian dan operasi tamat pada jam 2.55 petang.

Iklan