KUALA SELANGOR - UMNO Bahagian Kuala Selangor mengusulkan parti itu menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketuanya, Datuk Jahaya Ibrahim berkata, usul itu dipersetujui sebulat suara ahli akar umbi UMNO bahagian itu yang tidak mahu parti itu menjalin sebarang kerjasama politik dengan Bersatu.