Banjir di Johor semakin buruk, 1,780 dipindahkan

Iklan
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia memindahkan mangsa banjir di Johor Bahru ke PPS pada Sabtu berikutan hujan masih turun dan air masih tidak surut.

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor terus bertambah melibatkan 1,780 orang daripada 500 keluarga setakat jam 8 malam pada Sabtu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding 1,000 mangsa banjir pada jam 4 petang.

Iklan
Iklan

"Susulan itu 28 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi di empat daerah yang terlibat banjir iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang, Kulai dan terbaharu Batu Pahat.

"Kesemua mangsa banjir yang dipindahkan itu datangnya daripada 33 buah kampung termasuk sebuah rumah kebajikan yang terjejas dengan banjir," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, Kluang merupakan daerah yang terjejas teruk melibatkan 698 mangsa daripada 206 keluarga dipindahkan ke enam PPS.

Menurutnya, Johor Bahru merekodkan 690 mangsa banjir daripada 189 keluarga diikuti Kota Tinggi dengan 286 mangsa daripada 66 keluarga.

Iklan

Di Kulai pula, katanya, membabitkan 99 mangsa daripada 25 keluarga, manakala Batu Pahat tujuh mangsa daripada empat keluarga.