IPOH - Perintah reman terhadap 22 individu yang ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan Macau Scam susulan serbuan ke atas sebuah rumah di sini pada 29 Disember lalu bersambung hingga Selasa depan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Superintendan Hasbullah Abd Rahman berkata, lanjutan tempoh reman selama tiga hari lagi itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh pada Sabtu.